Pencapaian:
Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2009, saya ditawarkan untuk meneruskan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Johor dalam jurusan sains hayat. Bermula dari sana, saya merasakan saya lebih sesuai dengan karier sebagai guru dengan dorongan daripada mentor saya ketika berada di sana. Kemudian, tanpa berfikir panjang, saya memilih UPSI sebagai pilihan pertama saya berdasarkan kepada keputusan sijil matrikulasi dan saya memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Kimia. alhamdulillah, berkat doa umi abah, saya, dan orang yang menyayangi saya, saya berjaya mendapat tawaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Setelah berada selama tiga semester di sini, saya mula terbiasa dan gembira dengan kehidupan saya sebagai mahasiswi UPSI. Saya berharap agar saya berjaya membuktikan kepada kedua umi abah saya yang xberhenti menyokong saya daripada dulu sehingga sekarang yang saya akan berjaya membawa segulung transkripsi yang akan membanggakan mereka. Tidak hanya mengimpikan untuk berhenti belajar setelah memiliki ijazah sarjana muda, saya berazam untuk sentiasa belajar dan terus belajar sehingga ke peringkat yang termampu. InsyaAllah.
Bakal Guru Masa Hadapan
Selepas bergraduasi, saya akan ditempatkan ke sekolah menengah kebangsaan yang akan ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya akan mempraktikkan segala ilmu yang saya tuntut sepanjang berada di UPSI. InsyaAllah, saya akan menjadi guru contoh kepada pelajar-pelajar saya. Saya akan berusaha untuk menyahut seruan kerajaan dalam mencapai visi dan misi untuk membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
Tidak hanya ingin menjadi guru biasa, saya mengimpikan untuk menjadi guru yang hebat dan mencapai gelaran JUSA. Saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup saya dan akan berbakti kepada masyarakat sebagai seorang pendidik selagi bernafas di dunia ini.

0 comments:
Post a Comment